Tuesday, 21 January 2014

Manfaat Peppermint-Ginger Plus Shaklee


Manfaat Utama Bahan-bahan Peppermint-Ginger Plus

Pudina : melegakan otot perut, ia mempunyai elemen penenang. membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat, membantu kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit. Selain itu, ia melegakan kesan sampingan seperti muntah dan hilang selera makan yang timbul akibat kemeoterapi. Pudina merangsang peluh, oleh itu ia menyekat demam apabila seseorang dijangkiti selsema. Perasaan sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan tetap fokus.

Halia : masyarakat Cina telah menggunakan halia lebih dari 2ribu tahun. Halia merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan. Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak.

Pokok Adas (Fennal) : orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan perut dan juga melegakan gejala flu. Ia juga dapat membantu dalam masalah alergi pada saluran usus.

Cekur Manis (Anise) : digunakan oleh orang-orang Mesir purba untuk melegakan pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa, melegakan haba di musim panas dan lembap, memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut.



No comments:

Post a Comment